Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat
| Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat Universal Declaration of Human Rights | |
|---|---|
Eleanor Roosevelt dengan versi bahasa Sepanyol bagi UDHR. | |
| Tajuk asal | Universal Declaration of Human Rights |
| Nama pendek | UDHR |
| Jenis | Undang-Undang Adat Antarabangsa, declaration, statut, karya bertulis, non-binding resolution |
| Bahasa asal | Negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu |
| Dibuat | 1948 |
| Diterbitkan | 1940 di Paris |
| Disahkan | 10 Disember 1948 |
| Negara | negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu |
| Pengarang | John Peters Humphrey et al. |
| Subjek | hak asasi manusia |
| Tujuan | Hak asasi manusia |
| Laman sesawang | |
| https://www.un.org/fr/about-us/universal-declaration-of-human-rights | |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (bahasa Inggeris: Universal Declaration of Human Rights, UDHR) ialah satu pengisytiharan makluman yang diamalkan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (A/RES/217, 10 Disember 1948 di Palais de Chaillot, Paris). Perisytiharan ini terdiri daripada 30 perkara yang menggariskan pandangan Perhimpunan Agung terhadap hak asasi manusia yang dijamin ke semua rakyat. Rang Undang-undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa terdiri daripada Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, Waad Antarabangsa mengenai Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan, dan Waad Antarabangsa mengenai Hak-hak Awam dan Politik dan dua Protokol Pilihannya. Pada tahun 1966, Perhimpunan Agung mengamalkan dua Perjanjian terperinci yang melengkapkan Rang Undang-undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa; pada tahun 1976, setelah perjanjian-perjanjian tersebut ditandatangani sebilangan negara individu yang mencukupi, maka Rang Undang-undang ini memegang kuasa perundangan antarabangsa.