Persetujuan Manila
| Manila Accord | |
|---|---|
Persetujuan Manila terdiri daripada Manila Accord, Manila Declaration dan Joint Statement antara Persekutuan Malaya, Republik Filipina dan Republik Indonesia. | |
| Dirangka | 7 Jun 1963 |
| Ditandatangani | 31 Julai 1963 di Manila, Filipina |
| Penandatangan | Soekarno Diosdado Macapagal Tunku Abdul Rahman |
| Pihak | Persekutuan Malaya Philippines Indonesia |
Pemegang simpanan | Sekretariat PBB berdaftar pada A-8029 dan I-8809 |
| Bahasa | bahasa Inggeris |
Laman sesawang | Persetujuan Manila Persetujuan yang berkaitan dengan pelaksanaan Persetujuan Manila |
| Manila Accord (31 July 1963) di Wikisumber | |
| sunting | |
Persetujuan Manila (bahasa Inggeris: Manila Accord) dari inisiatif Diosdado Macapagal ditandatangani oleh Persekutuan Malaya, Republik Indonesia dan Republik Filipina, selepas pertemuan dari 07-11 Jun 1963 di Manila Negara-negara peserta telah sepakat dengan keinginan rakyat Sabah (Borneo Utara) dan Sarawak dalam konteks dari Lampiran Resolusi Majlis Agung PBB 1541 (XV), Prinsip 9 dengan pendekatan yang segar yang menurut pendapat dari Setia Usaha Agung PBB diperlukan untuk memastikan pematuhan lengkap dengan prinsip penentuan nasib sendiri dalam syarat-syarat yang terkandung dalam Prinsip 9, dengan mempertimbangkan pilihan referendum di Sabah (Borneo Utara) dan Sarawak oleh pilihan referendum bebas dan tidak ada paksaan.
Perjanjian ini mengandungi senarai siri Perisytiharan Manila antara Persekutuan Malaya, Republik Indonesia dan Republik Filipina dan Kenyataan Bersama antara Persekutuan Malaya, Republik Indonesia dan Republik Filipina.