Peristiwa Mukden

Peristiwa Mukden /Peristiwa 918
Sebahagian daripada Serangan Jepun ke atas Manchuria

Tentera Jepun memasuki Shenyang semasa Peristiwa Mukden
Tarikh18 September 1931 – 18 Februari 1932 (154 hari)
Lokasi
Inner Manchuria, China
41°50′05″N 123°27′58″E / 41.834610°N 123.465984°E / 41.834610; 123.465984
Keputusan

Kemenangan Jepun

  • Serangan Jepun ke atas Manchuria
Pihak yang terlibat
 China  Jepun
Komandan dan pemimpin
  • Zhang Xueliang
  • Ma Zhanshan
  • Feng Zhanhai
  • Shigeru Honjō
  • Jirō Minami
Kekuatan
160,000 30,000–66,000
Kerugian dan korban
Tidak diketahui Tidak diketahui

Peristiwa Mukden, atau Peristiwa Manchuria, merupakan sebuah kejadian yang dilakukan oleh anggota tentera Jepun sebagai pemula akan serangan Jepun pada tahun 1931 ke atas timur laut China, yang juga dikenali sebagai Manchuria.

Pada 18 September 1931, Lt. Suemori Kawamoto dari Unit Garison Kemerdekaan (独立守備隊) meletupkan sejumlah kecil kuantiti dinamit berdekatan dengan sebuah landasan keretapi yang dimiliki oleh syarikat South Manchuria Railway milik Jepun berdekatan dengan Mukden (kini Shenyang). Letupan ini tidak kuat dan gagal untuk memusnahkan landasannya, dan sebuah keretapi melaluinya beberapa minit kemudian. Tentera Imperial Jepun menuduh penentang China melakukan tindakan ini dan bertindak balas dengan serangan penuh yang menyebabkan pendudukan ke atas Manchuria, yang mana Jepun mewujudkan negara boneka, Manchukuo enam bulan kemudian. Penipuan ini kemudian didedahkan oleh Laporan Lytton pada tahun 1932, mengakibatkan Jepun mengasingkan diplomatik dan pada Mac 1933 menarik diri daripada Liga Bangsa.

Pengeboman ini dikenali sebagai Peristiwa Liutiaohu (Cina ringkas: 柳条湖事变Cina tradisional: 柳條湖事變pinyin: Liǔtiáohú Shìbiàn, Jepun: 柳条湖事件, Ryūjōko-jiken), dan keseluruhan episod peristiwa ini dikenali di Jepun sebagai Peristiwa Manchuria (Kyūjitai: 滿洲事變, Shinjitai: 満州事変, Manshū-jihen) dan di China sebagai Peristiwa September 18 (Cina ringkas: 九一八事变Cina tradisional: 九一八事變pinyin: Jiǔyībā Shìbiàn).