Perigi Hang Li Poh
| Perigi Hang Li Poh | |
|---|---|
Perigi Hang Li Poh | |
| Maklumat umum | |
| Jenis | bekas telaga air |
| Lokasi | Bandar Melaka, Melaka, Malaysia |
| Negara | Malaysia |
| Koordinat | 2°11′45.5″N 102°15′19.4″E / 2.195972°N 102.255389°E |
| Disiapkan pada | 1459 |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Perigi Hang Li Po ialah sebuah perigi bersejarah yang terletak di kaki Bukit Cina di Melaka, Malaysia. Ia dibina pada abad ke-15 semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah untuk kegunaan Hang Li Po, seorang puteri China yang menurut rekod telah dikahwinkan dengan Sultan tersebut. Perigi ini merupakan antara struktur tertua di Melaka yang masih kekal hingga kini dan menjadi simbol hubungan diplomatik serta perkahwinan dan persahabatan antara Kesultanan Melaka dan Dinasti Ming dari China.