Perhimpunan Agung UMNO 2006
Perhimpunan Agung UMNO 2006 diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC), Kuala Lumpur merupakan persidangan tahunan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu edisi ke 57.Persidangan ini berlansung dari 13 November 2006 sehingga 17 November 2006.
Persidangan agung ini merupakan medan untuk para pemimpin UMNO dari seluruh negara kecuali dari Sarawak(UMNO tidak mempunyai cawangan di Sarawak) untuk memberikan pendapat, pandangan dan perbincangan dengan seluruh perwakilan UMNO mengenai hal-hal parti, perjuangan Melayu serta hal-hal mengenai pentadbiran kerajaan.
Perhimpunan kali ini dirasmikan oleh presiden parti UMNO, Abdullah Ahmad Badawi. Selain itu perhimpunan ini dihadari oleh presiden-presiden parti komponen Barisan Nasional seperti MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBB dan lain-lain.