Pergerakan Brown

Pergerakan Brown merujuk kepada:

  • fenomena fizikal mengenai zarah-zarah yang bergerak secara rawak di dalam bendalir; atau
  • model-model matematik yang digunakan untuk menghuraikan pergerakan-pergerakan rawak ini.

Model matematik boleh juga digunakan untuk menghuraikan banyak fenomena yang tidak kena mengena dengan pergerakan-pergerakan rawak zarah. Dua contoh yang sering dikemukakan ialah turun naik pasaran saham, serta evolusi ciri-ciri fizikal dalam rekod fosil.

Pergerakan Brown adalah antara proses-proses stokastik yang paling mudah dalam domain selanjar, dan merupakan had untuk kedua-dua proses stokastik yang lebih mudah (sila lihat perjalanan rawak) dan yang lebih rumit. Keuniversalan ini amat berkait dengan keuniversalan taburan normal. Dalam kedua-dua kes yang tersebut di atas, kemudahan dan bukannya ketepatan matematik ialah yang mendorongkan kegunaannya. Kesemua tiga contoh pergerakan Brown yang berikut juga merupakan kes-kes tersebut:

  1. Penerbangan Levy merupakan model turun naik pasaran saham yang lebih tepat, walaupun masih tidak sempurna.
  2. Pergerakan Brown fizikal boleh dijadikan model yang lebih tepat melalui proses pembauran yang lebih umum.
  3. Perdebatan tentang model yang terbaik untuk rekod fosil masih belum diselesaikan, walaupun selepas pembetulan telah dibuat untuk data bukan Gauss.