Percubaan rampasan kuasa Turki 2016

Percubaan coup d'état Turki 2016
Ankara
Istanbul
Marmaris
Malatya
Percubaan rampasan kuasa Turki 2016 (Turki)
Tarikh15 Julai 2016 – 16 Julai 2016 (2016-07-16)
Lokasi
Status

Rampasan kuasa gagal

Perkembangan penting

  • Parlimen Turki dibom.
  • Undang-undang ketenteraan diistiharkan.
  • Istana President di Ankara dibom.
  • Kediaman Erdoğan di Marmaris telah diserang, menyebabkan pertempuran di antara pegawai polis dengan tentera pro-rampasan.
Pihak yang terlibat

Majlis Keamanan Turki

Kerajaan Turki

Komandan dan pemimpin
Tidak jelas Recep Tayyip Erdoğan
Binali Yıldırım
Hulusi Akar
Umit Dundar (Komander Tentera Pertama)
Kekuatan
Tidak diketahui Tidak diketahui
Kerugian dan korban
104 orang tentera pro-coup terbunuh dan 2,839 orang ditawan
2 UH-60 helicopters shot down
114 orang pro-kerajaan terbunuh (41 pegawai polis dan 2 orang tentera)
47 orang awam terbunuh
265 orang terbunuh dan 1,440 orang cedera

Pada 15 Julai 2016, satu cubaan rampasan kuasa (coup d'état) telah gagal untuk menjatuhkan kerajaan demokrasi di Turki. Rampasan kuasa ini dipercayai didalangi oleh sekumpulan kecil anggota tentera dari Angkatan Tentera Turki. Sekurang-kurangnya 265 orang terbunuh dan ribuan lagi cedera. Di Ankara, Parlimen Turki telah dibom. Tembakan juga terdengan di lapangan terbang utama di Ankara dan Istanbul.

Majoriti reaksi dari dalam dan luar negara menentang cubaan rampasan kuasa ini. Parti pembangkang utama di Turki, mengutuk cubaan ini, sementara beberapa pemimpin antarabangsa seperti Amerika Syarikat, NATO, dan Kesatuan Eropah mendesak agar institusi demokrasi dan para pemimpin dan dipilih dihormati. Satu cadangan kenyataan mengecam rampasan kuasa yang disediakan oleh Majlis Keselamatan PBB tidak diterima oleh Mesir, sebuah negara anggota bukan tetap.

Kerajaan sekarang dengan pantas mengistiharkan cubaan ini satu kegagalan dan mula mendakwa mereka yang terlibat. Reaksi rasmi pertama datang daripada Perdana Menteri Binali Yıldırım yang bercakap pada pihak media sehari kemudian, berkata situasi "dapat dikawal sepenuhnya". Penahanan besar-besaran terhadap 2,839 orang tentera dan 2,745 orang hakim dipecat.