Pertubuhan Perisikan Negara (Turki)

Pertubuhan Perisikan Negara
Millî İstihbarat Teşkilatı (MİT)
Intisari agensi
Dibentuk22 Julai 1965 (1965-07-22)
Agensi terdahulu
  • Perkhidmatan Keselamatan Kebangasaan
Bidang kuasa
Kerajaan Turki
Ibu pejabatÇankaya, Ulus, Ankara, Turki
Kakitangan8,000
Belanjawan tahunan 1.06 bilion (2014)
Eksekutif agensi
  • Hakan Fidan, Setiausaha Rendah
Laman sesawang
mit.gov.tr

Pertubuhan Perisikan Negara (Turki: Millî İstihbarat Teşkilatı, MİT) adalah sebuah pertubuhan perisikan kerajaan Turki. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1965 bagi mengantikan Perkhidmatan Keselamatan Kebangsaan.

Berdasarkan kenyataan bekas pengarah Operasi Luar Negara, Yavuz Ataç, kehadiran pihak tentera di dalam organisasi ini boleh diabaikan. Ini merupakan perkembangan terkini kerana pertubuhan ini memiliki warisan ketenteraan. Pada tahun 1990, pecahan anggota tentera adalah 35%. Pada hari ini ia turun kepada 4.5% seorang bekas timbalan setiausaha rendah Cevat Öneş berkata MİT menderita setiap kali berlaku rampasan kuasa, apabila junta tentera yang mengambil alih pertubuhan ini mempunyai set-set keutamaan mereka sendiri.

Bagi memastikan kebolehpercayaannya, dari segi sejarahnya pertubuhan ini merekrut saudara-mara kepada pekerja sedia ada mereka. Bekas setiausaha rendah, Emre Taner, mengatakan perkara ini sudah tidak terpakai. Beliau diberi kredit kerana menurunkan perang tidak rasmi antara MİT dan perisikan polis, selain perang dalaman di MİT. Taner mengumumkan penstrukturan semula MİT pada awal tahun 2009.

MİT berkerjasama sama dengan agensi-agensi perisikan Amerika Syarikat.