Perbadanan Aset Keretapi

Perbadanan Aset Keretapi
ڤربادنن اسيت كريتاڤي
Intisari Badan Berkanun
Dibentuk1 Ogos 1992 (1992-08-01)
JenisBadan Berkanun
Ibu pejabatIOI Resort City, Putrajaya, Malaysia
MotoMengungguli Pengurusan Aset Negara
Excellent in National Assets Management
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Badan Berkanun
  • Dato' Jana Santhiran Muniayan, Pengerusi
Agensi induk
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Laman sesawang
www.rac.gov.my

Perbadanan Aset Keretapi (Tulisan Jawi: ڤربادنن اسيت کريتاڤي ;) ialah entiti kerajaan yang bertanggungjawab untuk pemilikan, pengurusan, dan penyelenggaraan aset Keretapi Tanah Melayu. Ini termasuk tanah, landasan, stesen, dan infrastruktur lain yang diperlukan untuk operasi rangkaian kereta api. Objektif utama entiti ini adalah memastikan penggunaan optimum dan pemeliharaan infrastruktur kereta api yang dahulunya berada di bawah KTM, bagi menyokong pengangkutan penumpang dan kargo.