Murad IV

   Murad IV
Sultan Uthmaniyyah
Khalifah
Tempoh pemerintahan1623–40
TempohPerkembangan Empayar Uthmaniyyah
Nama penuhSultan Murad IV
Lahir pada(1612-07-26)26 Julai 1612
Mati padaFebruari 9, 1640(1640-02-09) (umur 27)
Didahului olehMustafa I
Diikuti olehIbrahim I
Kerabat DirajaKerabat Osman
DinastiDinasti Uthmaniyyah
Kepercayaan agamaIslam

Murad IV Ghazi (Turki Uthmaniyyah: مراد رابع Murād-i rābi‘) (26/27 Julai, 1612 – 9 Februari, 1640) adalah seorang Sultan dari Empayar Uthmaniyyah bermula pada tahun 1623 sehingga 1640. Beliau dikenali kerana mengembalikan semula kekuasaan negara dan kaedah pembunuhan beliau yang kejam. Murad IV telah dilahirkan di Istanbul, dan merupakan anak lelaki kepada Sultan Ahmed I (1603–17) dan berketurunan dari etnik Greek Valide Sultan Kadinefendi Kösem Sultan (juga dikenali sebagai Mahpeyker), asalnya bernama Anastasia. Beliau berkuasa ekoran satu konspirasi istana pada tahun 1623, dengan mengantikan ayah saudara beliau Mustafa I (1617–18, 1622–23). Beliau hanya berumur 11 tahun apabila menaiki takhta. Murad IV mengahwini Aisha, tanpa mendapat cahayamata.