Pentas Akhir UEFA Euro 2024
| Peristiwa | UEFA Euro 2024 | ||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Tarikh | 14 Julai 2024 | ||||||
| Tempat | Olympiastadion, Berlin | ||||||
| Permain terbaik | Nico Williams (Sepanyol) | ||||||
| Pengadil | François Letexier (Perancis) | ||||||
| Kehadiran | 65,600 | ||||||
| Cuaca | Malam agak mendung 22 °C (72 °F) 53% kelembapan | ||||||
← 2020 2028 → | |||||||
Pentas Akhir UEFA Euro 2024 adalah perlawanan akhir bola sepak untuk menentukan pemenang UEFA Euro 2024. Perlawanan akan menjadi perlawanan akhir ke-17 Kejohanan Eropah UEFA, kejohanan empat tahun sekali yang dipertandingkan oleh pasukan kebangsaan lelaki dari ahli persatuan UEFA untuk menentukan juara Eropah. Perlawanan akan diadakan di Olympiastadion di Berlin, Jerman, pada 14 Julai 2024 dan akan dipertandingkan oleh Sepanyol, dalam perlawanan akhir kelima mereka, dan England, dalam perlawanan akhir kedua berturut-turut. Perlawanan akhir itu menandakan penampilan pertama England dalam perlawanan akhir kejohanan utama yang dianjurkan di bumi asing.
Perlawanan akhir itu menandakan penampilan pertama England dalam perlawanan akhir kejohanan utama yang dianjurkan di bumi asing, dan kali kedua dalam tempoh 12 bulan di mana Sepanyol dan England bertemu di perlawanan akhir kejohanan antarabangsa senior, selepas Piala Dunia Wanita 2023.
Sepanyol sedang cuba untuk memenangi gelaran keempat, manakala England berusaha untuk memenangi kejohanan itu buat kali pertama.