Pentas Akhir Liga Juara-Juara AFC 2018

Pentas Akhir Liga Juara-Juara AFC 2018
PeristiwaLiga Juara-Juara AFC 2018
menerusi agregat
Perlawanan Pertama
Tarikh3 November 2018 (2018-11-03)
TempatStadium Bola Sepak Kashima, Kashima
Permain terbaikLéo Silva (Kashima Antlers)
PengadilMa Ning (China)
Kehadiran35,022
CuacaCerah
15 °C (59 °F)
Perlawanan Kedua
Tarikh10 November 2018 (2018-11-10)
TempatStadium Azadi, Tehran
Pemain terbaikGodwin Mensha (Persepolis)
PengadilAhmed Al-Kaf (Oman)
Kahadiran100,000
CuacaBerangin
10 °C (50 °F)
2017
2019

Pentas Akhir Liga Juara-Juara AFC 2018 akan menjadi perlawanan akhir Liga Juara-Juara AFC 2018, edisi ke-37 kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), dan ke-16 di bawah gelaran semasa Liga Juara-Juara AFC.

Perlawanan akhir akan dipertandingkan dalam format timbal balik antara Kashima Antlers dari Jepun dan Persepolis dari Iran. Perlawanan pertama dihoskan oleh Kashima Antlers di Stadium Bola Sepak Kashima di Kashima pada 3 November 2018, manakala perlawanan kedua dihoskan oleh Persepolis di Stadium Azadi di Tehran pada 10 November 2018.

Kashima Antlers memenangi perlawanan akhir dengan agregat 2-0 untuk gelaran Liga Juara-Juara AFC yang pertamanya. Sebagai pemenang, mereka memperoleh hak untuk mewakili AFC di Piala Kelab Dunia FIFA 2018, memasuki di pusingan kedua.