Liga Juara-Juara AFC 2018
| Perincian kejohanan | |
|---|---|
| Tarikh | 16 Januari – 10 November 2018 |
| Pasukan | 46 (dari 20 persatuan) |
| Kedudukan Akhir | |
| Juara | Kashima Antlers (Kejuaraan Ke-1) |
| Naib Juara | Persepolis |
| Statistik kejohanan | |
| Jumlah perlawanan | 126 |
| Jaringan gol | 364 (2.89 per perlawanan) |
| Kehadiran | 1,876,986 (14,897 per perlawanan) |
| Penjaring terbanyak | Baghdad Bounedjah (13 gol) |
| Pemain terbaik | Yuma Suzuki |
| Anugerah Permainan Bersih | Persepolis |
← 2017 2019 → | |
Liga Juara-Juara AFC 2018 akan menjadi edisi ke-37 kejohanan bola sepak kelab utama Asia yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), dan edisi ke-16 jika di bawah gelaran semasa Liga Juara-Juara AFC.
Pemenang Liga Juara-Juara AFC 2018 akan layak sebagai wakil AFC ke Piala Kelab Dunia FIFA 2018 yang akan diadakan Emiriah Arab Bersatu. Jika satu pasukan dari kelab Emiriah Arab Bersatu menjuarai Liga Juara-Juara AFC, naib juara juga akan layak (bagi menggantikan pemenang Liga-Pro UAE 2017-18).
Urawa Red Diamonds adalah juara bertahan, tetapi tidak dapat mempertahankan gelaran mereka kerana mereka tidak layak melalui Liga J1 2017 atau Piala Maharaja 2017. Ia akan menjadi musim kedua berturut-turut di mana pemegang gelaran tidak dapat mempertahankan gelaran mereka selepas Jeonbuk Motors hilang kelayakan pada tahun 2017 akibat penglibatan mereka dalam skandal penentuan perlawanan.