Ma Ning (pengadil)


Ma Ning
Tarikh lahir (1979-06-20) 20 Jun 1979
Fuxin, Liaoning, China
Pekerjaan lain Guru
Dalam Negeri
Tahun Liga Peranan
2010– Liga Super China Pembantu pengadil
Antarabangsa
Tahun Liga Peranan
2011– Senarai FIFA Pengadil
Ma Ning
Tulisan Cina Ringkas
Tulisan Cina Tradisional

Ma Ning (lahir 14 Jun 1979) ialah seorang pengadil bola sepak China. Beliau telah menjadi pengadil antarabangsa bagi FIFA sejak 2011.

Beliau merupakan seorang guru Sekolah Vokasional dan Teknikal Wuxi.

Pada perlawanan 9 Mei 2015, Ma membuat satu kontroversi yang tular di negaranya apabila dia menurunkan 3 pemain dalam Derbi Shanghai antara Shanghai SIPG dan Shanghai Shenhua dalam Liga Super China, perlawanan berakhir 5-0 ke atas kemenangan SIPG.

Pada 23 Februari 2019, diisytiharkan bahawa Ma Ning telah ditunjuk oleh CFA untuk menjadi salah seorang pengadil profesional antarabangsa.

Pada 19 Mei 2022, Ma telah dipilih sebagai salah seorang daripada 36 pengadil untuk Piala Dunia FIFA 2022, ia berjaya menjadi pengadil asal China kedua yang mencapainya sejak Lu Jun pada 2002.

Pada 21 Ogos 2022, semasa perlawanan Liga Super China antara Wuhan Yangtze River dan Henan Songshan Longmen, Ma telah dihantam oleh seorang penyerang tengah Songshan Longmen bernama Henrique Dourado, atas perbuatannya ia dibuang dari padang. Perlawanan berakhir dengan mata 2-2. Lima hari kemudian, Persatuan Bola Sepak China mengisytiharkan hukuman penyekatan selama 1 tahun ke atas Dourado.

Pada 8 Februari 2024, Ma Ning berkhidmat untuk mengawasi Pentas Akhir Piala Asia AFC 2023 antara Jordan dan Qatar di Doha pada tarikh 10 Februari 2024. Pada perlawanan yang penuh kontroversi itu, banyak dari penyokong-penyokong yang menghadiri perlawanan mensyaki Ma Ning bahawa ia berat sebelah ke atas Qatar dengan memberi pasukan kebangsaan mereka tiga sepakan penalti.