Pennsilvania (geologi)
| Pennsilvania | |
|---|---|
| Kronologi | |
Garis masa bergrafik Karbon lihat • bincang • -360 — – -355 — – -350 — – -345 — – -340 — – -335 — – -330 — – -325 — – -320 — – -315 — – -310 — – -305 — – -300 — – Subbahagian Karbon (geologi) menurut ICS, sejak tahun 2021. Skala paksi tegak: jutaan tahun dahulu | |
| Etimologi | |
| Keformalan nama | Formal |
| Maklumat kegunaan | |
| Jasad cakerawala | Bumi |
| Kegunaan tempatan | Global (ICS) |
| Skala masa yang digunakan | Skala Masa ICS |
| Takrifan | |
| Unit kronologi | Subtempoh |
| Keformalan jangka masa | Formal |
| Takrif sempadan bawah | Kewujudan pertama konodon Declinognathodus nodiliferus. |
| Sempadan bawah GSSP | Arrow Canyon, Nevada, Amerika Syarikat 36°44′00″N 114°46′40″W / 36.7333°N 114.7778°W |
| Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP | 1996 |
| Takrif sempadan atas | Kewujudan pertama konodon Streptognathodus isolatus dalam morfotip kronoklin Streptognathodus wabaunsensis. |
| Sempadan atas GSSP | Aidaralash, Ural Mountains, Kazakhstan 50°14′45″N 57°53′29″E / 50.2458°N 57.8914°E |
| Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP | 1996 |
Pennsilvania (juga dikenali sebagai Karbon Atas atau Karbon Akhir) ialah nama untuk subtempoh/subsistem yang termuda di bawah Tempoh Karbon pada skala masa geologi ICS. Ia berlangsung dari kira-kira 323.2 juta tahun dahulu sehingga ke 298.9 juta tahun dahulu. Seperti kebanyakan unit geokronologi yang lain, lapisan dasar batu yang mentakrifkan subtempoh Pennsilvania dapat dikenal pasti dengan baik, tetapi tarikh tepat permulaan dan akhir tidak pasti dalam beberapa ratus ribu tahun. Subtempoh Pennsilvania dinamakan sempena negeri Pennsylvania di AS, yang merupakan tempat tersebarnya lapisan dasar pengeluar arang pada subtempoh itu.
Pembahagian antara subtempoh Pennsilvania dan subtempoh Mississippi berasal dari stratigrafi Amerika Utara. Di Amerika Utara yang merupakan kawasan dengan lapisan dasar Karbon awal yang kebanyakannya merupakan batu kapur marin, subtempoh Pennsilvania pada masa lalu dianggap bertaraf tempoh geologi sepenuhnya antara subtempoh Mississippi dan tempoh Perm. Di bahagian Eropah, subtempoh Mississippi dan subtempoh Pennsilvania merupakan satu jujukan yang lebih kurang berterusan bagi mendapan benua tanah rendah, dan dikumpulkan bersama di bawah Tempoh Karbon. Skala masa geologi ICS yang digunakan di peringkat antarabangsa pada masa kini menarafkan Mississippi dan Pennsilvania sebagai "subtempoh" di bawah tempoh Karbon.