Penjajap tempur kelas Kirov

Penjajap tempur kelas Kirov, Frunze
Ringkasan kelas
Pembina: Limbungan Baltik, Leningrad
Pengguna:
Dibina: 1974–1998
Dalam perkhidmatan: 1980–kini
Dirancang: 5
Disiapkan: 4
Dibatalkan: 1
Aktif: 1 (1 dalam proses pemasangan semula)
Dibaringkan: 2
Ciri-ciri umum
Jenis: Kruiser peluru berpandu berat /Kruiser tempur berkuasa nuklear
Sesaran:
  • 24,300 tan (standard)
  • 28,000 tan (muatan penuh)
Panjang: 252 m (827 ka)
Lunas: 28.5 m (94 ka)
Draft: 9.1 m (30 ka)
Jana kuasa:
  • 2-aci CONAS, 2 × pendorongan marin nuklear KN-3 dengan 2 × turbin stim GT3A-688
  • 140,000 shp (100,000 kW)
Halaju: 32 knot (59 km/j; 37 mph)
Jarak:
  • 1,000 nmi (1,900 km; 1,200 bt) pada 30 kn (56 km/j; 35 mph) (gabungan pendorongan)
  • tiada had 20 kn (37 km/j; 23 mph) dengan kuasa nuklear
Anak kapal: 710 anak kapal
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • Radar: (nama pengenalan NATO):
    • Radar pencari 3D Voskhod MR-800 (Top Pair), tiang hadapan
    • Radar pencari 3D Fregat MR-710 (Top Plate), tiang utama
    • 2 × radar navigasi Palm Frond, tiang hadapan
  • Sonar:
    • Sonar badan Horse Jaw LF
    • Horse Tail VDS (sonar kedalaman berbeza)
Peperangan elektronik
& pengumpan:
2 × pelancar umpan PK-2 (400 buah roket)
Persenjataan:
  • Peluru berpandu:
    • 20 × P-700 Granit (SS-N-19 Shipwreck) AShM
    • 14 × peluru berpandu krus ASW SS-N-14 Silex (Ushakov only)
    • 96 × peluru berpandu permukaan ke udara S-300F Fort SA-N-6 Grumble(Ushakov, Lazarev, Nakhimov)
    • 48 × S-300F Fort dan 48 x S-300FM Fort-M (SA-N-20 Gargoyle) peluru berpandu SAM jarak jauh (Pyotr Velikhy)
    • 128 × 3K95 Kinzhal (SA-N-9 Gauntlet) pertahanan titik SAM
    • 40 × OSA-MA (SA-N-4 Gecko) PD SAM
  • Meriam:
    • 1 × meriam dual kegunaan berkembar AK-130 130 mm/L70 (2 × meriam AK-100 100 mm/L60 DP pada Ushakov)
    • 8 × AK-630 meriam PD Gatling enam laras 30 mm/L60 (Ushakov, Lazarev)
    • 6 × CADS-N-1 sistem peluru berpandu/meriam Kortik (Nakhimov, Pyotr Velikiy)
  • Torpedo dan lain-lain:
    • 1 × 10 pelancar roket ASW RBU-1000 305 mm
    • 2 × 6 pelancar roket ASW RBU-12000 (Udav-1) 254 mm
    • 10 × 533 mm ASW/ASuW tiub torpedo, torpedo Type 53 atau peluru berpandu ASW RPK-2 Vyuga (SS-N-15)
Perisai: 76 mm plat di sekeliling ruang reaktor, perlindungan splinter ringan
Pesawat yang dibawa: 3 x helikopter
Kemudahan penerbangan: Hangar di bawah dek

Penjajap (kruiser) tempur kelas-Kirov adalah sebuah kelas kapal perang berkuasa nuklear dari Tentera Laut Rusia. Ia merupakan kapal perang permukaan terbesar dan terberat (bukan dalam golongan kapal pengangkut pesawat atau kapal serangan amfibia) yang masih beroperasi di dunia. Antara kapal perang termoden, ia memiliki saiz kedua terbesar selepas kapal pengangkut pesawat, dan menyamai saiz bagi sebuah kapal tempur era Perang Dunia II. Designasi rasminya adalah "penjajap peluru berpandu berat berkuasa nuklear" (Rusia: тяжёлый атомный ракетный крейсер). Kapal ini sering dirujuk sebagai sebuah penjajap tempur oleh para peminat pertahanan barat di sebabkan saiz dan rupa luarannya.

Asalnya dibina untuk Tentera Laut Soviet, kelas ini dinamakan bersempena nama kapal pertama daripada empat buah kapal yang akan dibina, Kirov, telah dinamakan semula sebagai Admiral Ushakov pada tahun 1992. Rancangan asal untuk membina lima buah kapal, bagaimanapun kapal kelima dibatalkan. Di Rusia, kelas kapal ini biasanya dirujuk sebagai Projek 1144 Orlan (helang laut). Hanya sebuah Pyotr Velikiy yang kini masih beroperasi. Admiral Nakhimov dijangka akan memasuki semula perkhidmatan dengan Tentera Laut Rusia pada tahun 2021. Rusia telah merancang untuk mengaktifkan semula dua buah kapal menjelang tahun 2020, tetapi laporan terkini mencadangkan bahawa reaktor di dalam Admiral Ushakov dan Admiral Lazarev berada di dalam keadaan yang teruk, dan kapal-kapal ini tidak boleh diaktifkan semula dengan selamat.

Kemunculan kelas Kirov memainkan peranan penting dalam kerja-kerja pentauliahan semula kelas-Iowa oleh Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1980-an.

Rekabentuk badan Kirov juga telah digunakan untuk pembinaan kapal arahan SSV-33, Ural berkuasa nuklear.