Penglipur lara
Penglipur lara (Jawi: ڤڠليڤور لارا) atau juga disebut sebagai pelipur lara ialah penggiat seni menyampaikan kisah cerita berunsur jenaka, yakni "lipur lara", kepada khalayak ramai; penyampaian ini biasanya diselitkan dengan pemainan lenggok bahasa dan kata termasuk syair, pantun, seloka dan sebagainya untuk mencantikkan penceritaan.
Istilah ini pada asalnya bererti "penghibur (pelipur) hati orang yang dukacita (lara)".