Seloka

Seloka merujuk kepada puisi Melayu bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai irama atau tidak. Secara amnya, seloka terdiri daripada ungkapan sejajar yang melebihi daripada dua baris, mempunyai kadensa yang sama seperti talibun dan prosa berirama.

Satu ciri penting bagi seloka adalah mempunyai maksud mengejek, menyindir secara serius atau jenaka, mengkritik tingkah laku dan sifat negatif.

Antara contoh seloka yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu lama ialah :-

  • Seloka Emak Si Rendang
  • Seloka Pak Kaduk
  • Seloka Pak Pandir