Pantun

Pantun
NegaraIndonesia dan Malaysia
Rujukan01613
KawasanAsia-Pasifik
Sejarah inskripsi
Inskripsi2020

Pantun (Jawi: ڤنتون) merupakan sejenis puisi lama yang luas diamalkan di serantau Nusantara di Asia Tenggara, terutamanya dalam bahasa Melayu. Ia paling ringkas dan asasnya terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai rima (sebutan yang sama) di hujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat baris.

Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat ialah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.

Seni ini mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai suatu warisan budaya tidak ketara oleh Malaysia bersama-sama dengan Indonesia pada tahun 2020.