Pengakap Raja (Persekutuan Pengakap Malaysia)

Pengakap Raja
Nama lainڤڠاکڤ راج
King's Scout
皇家童军
ராஜாவின் சாரணர்கள்
NegaraMalaysia
PengasasPersekutuan Pengakap Malaysia
PemilikPersekutuan Pengakap Malaysia
Penerima<0.3% daripada keseluruhan ahli pengakap Malaysia (2020)
Dianugerahkan kepadaAhli pengakap yang mendapat pencapaian yang paling tertinggi dalam berpengakapan
Pengeluar Sijil DirajaPersekutuan Pengakap Malaysia
Penurunan tandatangan pada Sijil DirajaYang di-Pertuan Agong dan semua Sultan di Malaysia
PenilaiLembaga Penaraf Pengakap Raja

Pengakap Raja (Bahasa Inggeris: King's Scout), atau dikenali juga sebagai Anugerah Pengakap Raja (Bahasa Inggeris: King's Scout Award), merupakan anugerah yang paling tertinggi bagi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM). Sijil Diraja Pengakap Raja telah ditandatangani oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta semua Sultan di Malaysia.

Anugerah Pengakap Raja ini mempunyai taraf yang sama dengan Eagle Scout di Amerika Syarikat dan Filipina, King's Scout di United Kingdom, Australia dan New Zealand, Dragon Scout di Hong Kong, President's Scout di Singapura, Pramuka Garuda di Indonesia, Tiger Scout di Korea, Fuji Scout di Jepun, Crown Scout di Belgium dan Belanda, King's Scout di Thailand, King's Venturer Award di Kanada dan banyak lagi.

Demi melayakkan diri menerima anugerah yang paling berprestij ini, seseorang pengakap mesti mendapatkan lencana-lencana tertentu dan perlu melalui proses-proses tertentu.