Kepanduan

Kepanduan atau kepengakapan (bahasa Inggeris: scouting) merupakan sebuah organisasi yang bertujuan untuk membimbing golongan remaja secara fizikal, memupuk semangat dan mengasuh cara pemikiran melalui pendidikan tidak formal - para anggota dalam pergerakan sebegini diberi nama pengakap, pandu atau pramuka. (lihat peristilahan se-Nusantara di bawah)

Penekanannya adalah kepada kegiatan praktikal di luar rumah agar remaja dapat mengambil peranan sebagai anggota masyarakat yang berguna. Pergerakan ini diasaskan pada tahun 1907 di England oleh Lord Robert Baden-Powell yang dianggap sebagai pelopor "Bapa Pengakap Sedunia".