Persekutuan Pengakap Malaysia

Persekutuan Pengakap Malaysia
Persekutuan Pengakap Malaysia
Ibu pejabatRumah B-P, 4 Jalan Hang Jebat, 50150 Kuala Lumpur
NegaraMalaysia
Ditubuhkan1908
Keahlian48,394 (2010)
>300,000 (2023)
Penaung DirajaDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
PresidenYAB Dato' Seri Haji Anwar Ibrahim
Ketua Pengakap NegaraYBhg. Mejar Jeneral (B) Prof. Dato' Dr. Haji Mohd Zin Bidin
Ketua Pesuruhjaya Pengakap NegaraYBrs. Haji Nasaruddin Haji Shamsuddin
Pertubuhan IndukWorld Organization of the Scout Movement
(Persekutuan Pengakap Sedunia)
E-mel rasmi
pengakap@scouts.my Laman rasmi
http://www.pengakapmalaysia.org

Persekutuan Pengakap Malaysia, ringkasnya PPM ialah suatu pertubuhan beruniform sukarela untuk para beliawan. Ia sebahagian daripada pertubuhan kepanduan atau kepengakapan global iaitu Persekutuan Pengakap Sedunia (Inggeris: World Organization of the Scout Movement). Persekutuan Pengakap Malaysia bergerak di bawah Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1968. Sehingga kini, PPM ialah satu-satunya pertubuhan seumpamanya yang dikuatkuasakan melalui akta Parlimen.