Pencerobohan Badar

Pencerobohan Badar
TarikhJanuari 626 M
Lokasi
Keputusan

•Nabi Muhammad SAW berjaya menduduki Badar dan tinggal di sana selama lapan hari

•Abu Sufyan dan tentera Quraisy lari ketakutan
Pihak yang terlibat
Muslim Quraisy
Komandan dan pemimpin
Nabi Muhammad
Hamzah bin Abdul Muttalib
Ali bin Abi Talib
Abu Sufyan bin Harb
Kekuatan
1500 pejuang serta 10 orang tentera berkuda 2000 pejuang serta 50 orang tentera berkuda


Pencerobohan Badar (Badar II) merupakan kali ketiga Nabi Muhammad SAW mengetuai ekspedisi di Badar (Bahasa Arab: بدر). Kejadian ini berlaku dalam bulan Syaaban 4 H bersamaan bulan Januari 626 M, atau, mengikut William Muir, dalam bulan Mac 625 M.

Setahun selepas Perang Uhud, pihak Muslim bertembung dengan orang Jahiliyah di Badar.

Pencerobohan ini membantu Muslim memperkukuhkan reputasi ketenteraan dan maruah mereka serta memperkuatkan kehadiran mereka di Semenanjung Arab selepas Perang Uhud yang berkesudahan tanpa keputusan muktamad. Ayat al-Quran 3:173-176 diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW semasa ekspedisi ini. Kejadian serta maklumat tentang ayat-ayat yang diwahyukan tercatat dalam hadis Sahih Bukhari.