Serangan terhadap Bani Qainuqak
| Serangan terhadap Bani Qainuqak | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Sebahagian daripada Kempen Muhammad | |||||
Lukisan mohor Muhammad | |||||
| |||||
| Pihak yang terlibat | |||||
| Muslim dari Yathrib | Yahudi dari Yathrib | ||||
| Komandan dan pemimpin | |||||
| Muhammad | |||||
Serangan ke atas Bani Qainuqak, Arab: بنو قينقاع) atau Ekspedisi menentang Bani Qainuqak berlaku dalam tahun 624 M. Bani Qaunuqak ialah suku kaum Yahudi yang disingkirkan oleh Muhammad kerana dikatakan mungkir janji yang dibuat bersama dalam Piagam Madinah. Seorang ahli kaum Qainuqak menyemat pakaian seorang wanita Muslim yang menyebabkan pakaian wanita tersebut terbuka. Pergaduhan berlaku dan seorang Muslim membunuh orang Yahudi sebagai balasan. Orang Yahudi kemudiannya membunuh Muslim tersebut. Perbalahan ini meningkat sehinggakan mencetuskan pembunuhan saling menyebabkan permusuhan antara Muslim dan Yahudi Bani Qainuqak yang membawa kepad pengepungan kubu mereka. Suku kaum Yahudi ini akhirnya menyerah kalah kepada Muhammad yang pada awalnya mahu menjatuhkan hukum bunuh ke atas suku Qainuqak tetapi akhirnya mengalah kepada rayuan Abdullah bin Ubaiy dan bersetuju agar Bani Qainuqak dihalau.