Hamzah bin Abdul Muttalib

Hamzah bin Abdul Muttalib
Kelahirans. 570 M
Meninggal dunias. Mac 625 (berumur 56–57)
Gunung Uhud
PekerjaanPanglima Perang, Panglima Angkatan Memanah
Terkenal keranaSahabat Nabi, Singa Allah
SaudaraMuhammad (anak saudara)

Hamzah bin Abdul Muttalib (Arab: حمزه بن عبدالمطلب; b.568-d.625) diperkirakan lahir pada waktu hampir sama dengan Muhammad. Beliau merupakan anak kepada pasangan Abdul Muttalib dan Haulah binti Wuhaib berketurunan Bani Zuhrah. Hamzah juga merupakan ayah saudara kepada Muhammad, dan juga merupakan adik-beradik susuan dengan Muhammad, ini kerana Hamzah dan Muhammad pernah disusukan oleh Thuwaibah hamba perempuan Abu Lahab sewaktu mereka berdua masih bayi.

Menurut riwayat, pernikahan Abdul Muttalib bersama Haulah dan Abdullah bin Abdul Muttalib bersama Aminah binti Wahb terjadi sama waktunya. Diriwayatkan juga ibu Nabi, Aminah binti Wahab, adalah sepupu kepada Haulah binti Wuhaib.

Hamzah mempunyai tubuh yang tegap dan suka memakai bulu burung di topi kepalanya. Hamzah akhirnya telah memeluk Islam