Pemindahan ibu negara Indonesia (2019–kini)

Usaha pemindahan ibu negara Indonesia bermula pada tahun 2019 pada masa kepresidenan Joko Widodo. Melalui rapat terhad kerajaan pada 29 April 2019, Joko Widodo memutuskan untuk memindahkan ibu bandar negara ke luar Pulau Jawa. Pemindahan ibu bandar ini terbentang dalam Rancangan Pembangunan Jangka Menengah Kebangsaan 2020–2024.

Jakarta
Nusantara
Jakarta (ibu negara kini), Nusantara (calon ibu negara baru tahun 2024)

Pada 26 Ogos 2019, Presiden Joko Widodo mengumumkan bahawa ibu negara baharu akan dibangun di wilayah pentadbiran Kabupaten Penajam Paser Utara dan Kabupaten Kutai Kartanegara.

Pada 17 Januari 2022 dalam Rapat Panitia Khusus DPR bersama Kerajaan dan DPD, Menteri Perancangan Pembangunan Negara Suharso Monoarfa mengatakan ibu negara baharu akan dinamakan Nusantara.