Pejabat Daerah & Tanah Seremban
| ڤجابت دايره دان تانه سرمبن | |
| Intisari agensi kerajaan | |
|---|---|
| Dibentuk | 1896 |
| Jenis | Agensi kerajaan |
Bidang kuasa | Negeri Sembilan |
| Ibu pejabat | Pejabat Daerah & Tanah Seremban, Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban, Persiaran S2 A2, Seremban 2,70300 Seremban, Negeri Sembilan Malaysia |
Eksekutif agensi kerajaan |
|
Agensi induk | Kerajaan Negeri Sembilan |
Laman sesawang | seremban |
Daerah Seremban terletak di Bahagian Utara Negeri Sembilan dan merupakan daerah keempat terbesar dengan keluasan 95,360.71 hektar. Terdapat 8 buah mukim dengan mempunyai 90 buah MPKK.
Pengwujudan & Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Seremban ditubuhkan semasa Tanah Melayu di bawah pemerintahan British iaitu selepas Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. Pelaksanaan Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tana Seremban berkaitan dengan Waran Pejawatan Bil 1 Tahun 2007 yang diluluskan oleh YB Pegawai Kewangan Negeri, Negeri Sembilan dan operasinya mengikut fungsi-fungsi yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia.
Struktur organisasi Pejabat Daerah dan Tanah Seremban terdiri daripada 3 sektor utama iaitu Bahagian Pengurusan Tanah, Bahagian Pembangunan Daerah dan Bahagian Khidmat Pengurusan, dan Kewangan