Pecal

Pecal
Nama alternatifPecel
JenisSos, makanan 
Tempat asalIndonesia
Kawasan/rantauJawa
Dicipta olehMasakan Jawa
Suhu penghidanganSuhu bilik
Bahan utamasayuran dalam sos kacang
Bahan yang biasa digunakanKacang panjang, cili, Tamarindus indica, bawang putih, bawang 
sunting ยท sunting di Wikidata

Pecal ialah salad tradisional Jawa yang terdiri daripada sayur-sayuran bercampur dengan kuah kacang, biasanya disajikan dengan nasi kukus atau kadang-kadang dengan lontong atau ketupat. Sos kacang yang digunakan dalam pecal juga serupa dengan gado-gado. Sos kacang untuk pecal tidak mempunyai santan. Namun pecal telah dikaitkan dengan masakan Jawa, sementara gado-gado biasanya dikaitkan dengan masakan Betawi dan Sunda. Di Indonesia, ia dipanggil sebagai pecel, seperti yang diperkenalkan oleh masyarakat Jawa. Pecal juga sangat popular di Suriname, di mana ia diperkenalkan oleh orang Jawa Suriname.