Pasukan Polis Jerman Nazi

Terdapat dua pasukan Polis utama Jerman Nazi di bawah Reichsführer-SS, Heinrich Himmler sejak tahun 1936:

  • Ordnungspolizei (Orpo; polis tetap) yang terdiri daripada polis beruniform tetap
    • Gemeindepolizei (GemPo; polis perbandaran)
    • Schutzpolizei (SchuPo; polis negeri)
  • Sicherheitspolizei (SiPo; polis keselamatan) yang terdiri daripada sub-jabatan, iaitu Geheime Staatspolizei (Gestapo; polis rahsia negara) dan Kriminalpolizei (Kripo; polis jenayah)

Pada September 1939, SiPo dan Sicherheitsdienst (SD) telah digabungkan ke dalam Reichssicherheitshauptamt (RSHA; Jabatan Keselamatan Utama Reich) di mana mereka dijadikan jabatan yang berasingan.