Kriminalpolizei (Jerman Nazi)
| Kriminalpolizei | |
| Intisari polis jenayah | |
|---|---|
Agensi yang mengambil alih |
|
| Jenis | Polis jenayah |
Bidang kuasa | Eropah Taklukan Jerman |
| Ibu pejabat | RSHA, Prinz-Albrecht-Straße, Berlin 52°30′26″N 13°22′57″E / 52.50722°N 13.38250°E |
| Kakitangan | 12,792 pada Februari 1944 |
Menteri bertanggungjawab |
|
Eksekutif polis jenayah |
|
Agensi induk | Sicherheitspolizei (SiPo) Pejabat Keselamatan Utama Reich (RSHA) |
Kriminalpolizei (Inggeris: Criminal Police), selalunya disingkatkan sebagai Kripo, ialah nama Jerman bagi jabatan siasatan jenayah. Artikel ini membincangkan hal ehwal agensi semasa era Nazi.
Di Jerman Nazi, Kripo terdiri daripada Jabatan Polis Jenayah Reich (RKPA), yang mana pada 1939 menjadi Jabatan V dalam Pejabat Keselamatan Utama Reich (RSHA). Terdapat pusat siasatan jenayah yang berada terus dibawah RKPA serta bahagian siasatan jenayah negeri dan jabatan polis perbandaran. Pada tahun 1943 kedua-dua entiti tersebut diletakkan terus dibawah pusat siasatan jenayah. Anggotanya terdiri daripada detektif dalam kerjaya junior, eksekutif, dan wanita, serta kakitangan siasatan jenayah.