Megawati Soekarnoputri

Megawati Soekarnoputri
Presiden Indonesia
Dalam jawatan
23 Julai 2001 – 20 Oktober 2004
Naib PresidenHamzah Haz
Didahului olehAbdurrahman Wahid
Digantikan olehSusilo Bambang Yudhoyono
Dalam jawatan
20 Oktober 1999 – 23 Julai 2001
PresidenAbdurrahman Wahid
Didahului olehBacharuddin Jusuf Habibie
Digantikan olehHamzah Haz
Menyandang jawatan
1999
Dalam jawatan
22 Januari 1993 – 27 Julai 1996
Didahului olehSoerjadi
Digantikan olehSoerjadi
Maklumat peribadi
Lahir
Diah Permata Megawati Setyawati Sukarnoputri

(1947-01-23) 23 Januari 1947
Yogyakarta, Indonesia
KewarganegaraanIndonesia
Parti politikPDI (1986 - 1996)
PDI-P (1999 - kini)
PasanganSurindro Supjarso
(1968 - 1971; alm.)
Hassan Gamal A. Hasan
(1972; dibatalkan oleh PTA)
Taufiq Kiemas
(1973 - 2013; alm.)
AnakMohammad Rizki Pratama
Mohammad Prananda
(dari Surindro Supjarso)
Puan Maharani
(dari Taufiq Kiemas)
Ibu bapaSoekarno dan Fatmawati
PekerjaanAhli politik
Tandatangan

Prof. Dr. (HC) Diah Permata Megawati Setiawati Soekarnoputri, MT, juga dikenali sebagai Megawati Soekarnoputri , Mega Soekarno Putri, Ibu Mega, atau Ibu Banteng (lahir 23 Januari 1947) ialah seorang ahli siasah Republik Indonesia dan merupakan Presiden Indonesia kelima dari 23 Julai 2001 hingga 20 Oktober 2004. Megawati Soekarnoputri merupakan ketua umum bagi Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), salah satu parti politik terbesar di Indonesia. Beliau juga ialah anak perempuan kepada Presiden pertama Indonesia, Soekarno.

Beliau merupakan satu-satunya presiden wanita Indonesia dan wanita keenam untuk memimpin negara majoriti Islam. Beliau juga merupakan pemimpin Indonesia pertama yang dilahirkan selepas Indonesia mengisytiharkan kemerdekaan. Selepas berkhidmat sebagai naib presiden Abdurrahman Wahid, Megawati Soekarnoputri menjadi presiden, apabila Abdurrahman Wahid dipecat dari jawatan pada 2001. Beliau hadir untuk pemilihan semula pada pilihan raya presiden 2004, tetapi dikalahkan oleh Susilo Bambang Yudhoyono. Beliau memohon untuk mengadakan semula pilihan raya presiden 2009, tetapi kalah lagi kepada Susilo Bambang Yudhoyono.