Parti Bharatiya Janata

Bharatiya Janata Party
भारतीय जनता पार्टी dan Bharatiya Janata Party
SingkatanBJP
PresidenJ. P. Nadda
PengerusiJagat Prakash Nadda (en) (2020–)
Setiausaha agungB. L. Santhosh
Pengasas
Diasaskan6 April 1980 (1980-04-06)
PecahanJanata Party
Didahului olehBharatiya Jana Sangh
(1951–1977)
Janata Party
(1977–1980)
Anggota bagi
Ibu pejabat6-A, Deen Dayal Upadhyaya Marg,
New Delhi, Delhi, India
Badan pemikirPublic Policy Research Centre
Keanggotaan180,000,000 (2019)
Ideologi
Kedudukan politikKanan
Hubungan antarabangsaesatuan Demokrasi Asia Pasifik
Warna     Saffron
Tapak sesawangwww.bjp.org
Pautan lain
Simbol pilihan raya
Teratai
Bendera parti
  • Politik India
  • Parti politik
  • Pilihan raya
sunting · sunting di Wikidata

Parti Bharatiya Janata (BJP) (Hindi: भारतीय जनता पार्टी [भाजपा]), terjemahan: Parti Rakyat India), ialah sebuah parti politik di India dan salah satu daripada dua parti politik utama di India bersama Kongres Kebangsaan India.Sejak tahun 2014, ia telah menjadi parti politik pemerintah di India di bawah Perdana Menteri yang sedang berkhidmat, Narendra Modi..

Ideologi rasmi BJP ialah Humanisme Integral yang pertama kali dirumuskan oleh Deendayal Upadhyaya pada tahun 1965. Parti tersebut memperjuangkan konservatisme sosial dan dasar luar negara yang berpusat pada prinsip kebangsaan. Walaupun BJP adalah sebuah parti nasionalis Hindu, namun ia memberi tumpuan yang kukuh kepada dasar ekonomi yang lebih liberal yang mengutamakan globalisasi dan pertumbuhan ekonomi.

Kejayaan BJP mentadbir kerajaan India di bawah Narendra Modi adalah termasuk pertumbuhan ekonomi yang stabil, inisiatif pembangunan infrastruktur yang besar, langkah-langkah untuk meningkatkan kebolehpercayaan kerajaan, serta usaha-usaha untuk memperkuat hubungan luar negara, terutamanya dalam konteks kawasan Asia Selatan dan pasaran global. Modi juga telah menekankan pada program-program sosial seperti Swachh Bharat Abhiyan (Kempen India Bersih) dan Jan Dhan Yojana (Skim Penyelenggaraan Bank) untuk memperbaiki taraf hidup rakyat India. Namun, BJP sering dikaitkan dengan pandangan nasionalis Hindu, yang menyebabkan kebimbangan dalam kalangan beberapa kumpulan minoriti agama seperti Muslim. Beberapa pihak mengkritik BJP atas kebijakan dan tindakan yang mereka percayai merugikan minoriti dan kedudukan India sebagai Negara sekular.