Panglima Bukit Gantang
Allahyarham Orang Kaya-kaya Dato' Panglima Bukit Gantang Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Wahab | |
|---|---|
| - - | |
| Menteri Besar Perak pertama | |
| Dalam jawatan 1 Februari 1948 – 1 Ogos 1957 | |
| Didahului oleh | Jawatan Baru |
| Digantikan oleh | Mohamed Ghazali bin Jawi |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Abdul Wahab bin Abdul Aziz 4 Mei 1905 Sayong, Kuala Kangsar, Perak |
| Meninggal dunia | 15 April 1959 (umur 53) Canning Garden Estate, Ipoh, Perak |
| Parti politik | NAP (1953-1959) UMNO (1946-1953) |
| Pekerjaan | Ahli Politik |
| Bidang pengkhususan | Peguam |
| Anugerah awam | Lihat |
| Tandatangan | Tandatangan |
| - | |
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "othernames"
Allahyarham Orang Kaya-kaya Dato’ Panglima Bukit Gantang Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Wahab bin Abdul Aziz (4 Mei 1905 – 15 April 1959) juga dikenali sebagai Dato' Panglima Bukit Gantang merupakan bekas Menteri Besar Perak yang pertama dari 1 Februari 1948 hingga 1 Ogos 1957.
Beliau mendapat gelaran Orang Kaya-kaya Dato’ Panglima Bukit Gantang dari Perak iaitu sebagai salah seorang Orang Besar Berempat Perak. Beliau berasal dari keturunan bangsawan Perak (Orang Besar Berempat Perak) dan merupakan anak pembesar Melayu yang pertama dapat melanjutkan pelajaran ke England. Beliau juga salah seorang daripada empat wakil Sultan ke London untuk Rombongan Kemerdekaan.