Suhaimi Mohd Zain

Allahyarham Datuk
Pak Ngah
Maklumat latar belakang
Nama lahirSuhaimi bin Mohd Zain
Juga dikenali
sebagai
Pak Ngah
Kelahiran(1958-09-26)26 September 1958
Kampung Baru, Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
WarganegaraMalaysia
Meninggal dunia25 September 2018(2018-09-25) (umur 59)
Tanjung Pinang, Indonesia
PekerjaanPenggubah lagu, penerbit rakaman
Alat muzikAkordion
Tahun aktif1986–2018
Kegiatan berkaitanSharifah Aini, Noraniza Idris, Siti Nurhaliza, Syura Badron
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Allahyarham Datuk Suhaimi bin Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah (26 September 1958 – 25 September 2018) merupakan seorang penggubah lagu dan penerbit rakaman Malaysia. Beliau terkenal dengan memperjuangkan muzik Irama Malaysia setelah diperkenalkan oleh Bidunita Negara Datuk Sharifah Aini ke arus perdana melalui lagu Nostalgia Aidilfitri (1993). Setelah itu karya beliau banyak dipersembahkan oleh penyanyi terkenal termasuk Noraniza Idris, Datuk Jamal Abdillah, Dato' Sri Siti Nurhaliza dan Syura Badron.

Beliau telah meninggal dunia di Tanjung Pinang, Indonesia pada 25 September 2018 akibat serangan jantung, sehari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-60.