Paella
| Paella | |
|---|---|
Paella makanan laut besar di dalam paellera | |
| Jenis | Hidangan nasi |
| Jenis sajian | hidangan utama |
| Tempat asal | Sepanyol |
| Kawasan/rantau | Valencia |
| Suhu penghidangan | panas |
| Bahan utama | nasi putih daging makanan laut sayuran |
| Bahan yang biasa digunakan | Beras, minyak zaitun, Koma-koma |
| Keragaman/variasi | Valencia makanan laut campur |
| Maklumat lain | Masyhur di sepanjang: Eropah Barat Amerika Latin Amerika Utara Filipina |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Paella (Sebutan Sepanyol: [paˈeʎa]) adalah suatu hidangan nasi Valencia yang berasal dalam bentuk modennya pada pertengahan abad ke-19 berhampiran tasik Albufera, sebuah lagun di Valencia, di pantai timur Sepanyol. Banyak orang bukan Sepanyol melihat paella sebagai hidangan kebangsaan Sepanyol, tetapi kebanyakan orang Sepanyol menganggapnya sebagai hidangan rantau Valencia. Orang Valencia pula menganggap paella sebagai salah satu tanda pengenalan mereka.
Ada tiga jenis paella yang diketahui secara luas: paella Valencia (Sepanyol: paella valenciana), paella makanan laut (Sepanyol: paella de marisco) dan paella campur (Sepanyol: paella mixta), tetapi ada banyak yang lain juga. Paella Valencia terdiri dari nasi putih, sayuran hijau, daging (arnab, ayam, itik), siput darat, kacang dan perasa. Paella makanan laut menggantikan daging dan siput dengan makanan laut dan tidak memasukkan kacang dan sayuran hijau. Paella campur merupakan campuran bebas daging, makanan laut, sayur-sayuran dan kadang-kadang kekacang. Kebanyakan tukang masak paella menggunakan nasi calasparra atau bomba untuk hidangan ini. Ramuan penting lain termasuklah kunyit dan minyak zaitun.