Ousmane Dembélé

Ousmane Dembélé
Dembélé mencium Piala Dunia FIFA 2018
Maklumat peribadi
Nama penuh Masour Ousmane Dembélé
Tarikh lahir (1997-05-15) 15 Mei 1997
Tempat lahir Vernon, Perancis
Ketinggian 1.78 m (5 ka 10 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Paris Saint-Germain
Nombor 10
Kerjaya remaja
2004–2009 Madeleine Évreux
2009–2010 Évreux
2010–2015 Rennes
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2015–2016 Rennes 26 (12)
2016–2017 Borussia Dortmund 32 (6)
2017–2023 Barcelona 127 (24)
2023– Paris Saint-Germain 4 (0)
Pasukan kebangsaan
2013–2014 Perancis B17 8 (4)
2014–2015 Perancis B18 5 (0)
2015 Perancis B19 3 (1)
2016 Perancis B21 4 (0)
2016– Perancis 39 (4)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 01:08, 27 Ogos 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 September 2023

Masour Ousmane Dembélé (lahir 15 Mei 1997) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi penyerang untuk kelab Paris Saint-Germain dan pasukan kebangsaan Perancis.

Dembélé memulakan kerjayanya di kelab Rennes sebelum berpindah ke Dortmund pada tahun 2016. Beliau meraih gelaran DFB-Pokal bersama pasukan die Borussen pada musim 2016–17 dan turut menjaringkan gol pada perlawanan akhir. Pada setahun kemudian, beliau melakukan perpindahan ke Barcelona dengan bayaran awal bernilai 105 juta euro sekali gus menjadi pemain kedua termahal dalam sejarah selepas rakan senegaranya, Paul Pogba. Dembélé seterusnya meraih pencapaian "double" dengan menjuarai La Liga dan Copa del Rey pada musim pertamanya yang dihantui dengan kecederaan di Sepanyol.

Selepas tampil dalam 20 perlawanan dan menjaringkan lima gol pada peringkat belia, Dembélé telah melakukan kemunculan sulungnya bersama skuad senior Perancis pada tahun 2016. Beliau telah dipilih ke dalam skuad Piala Dunia 2018 yang menyaksikan pasukannya bergelar juara.