Piala Raja Sepanyol
| Badan penganjuran | Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol |
|---|---|
| Ditubuhkan | 1903 |
| Kawasan | Sepanyol |
| Jumlah pasukan | 126 buah |
| Layak ke | Liga Europa UEFA Supercopa de España |
| Juara semasa | Real Betis (menang kali ke-3) |
| Kelab paling berjaya | Barcelona (31 gelaran) |
| Laman sesawang | rfef.es (dalam bahasa Sepanyol) |
| Piala Raja Sepanyol 2022–23 | |
Piala Raja Sepanyol (Sepanyol: Copa del Rey, "Piala Raja") merupakan sebuah acara pertandingan bola sepak tahunan bagi pasukan-pasukan bola sepak seluruh Sepanyol. Nama penuh acara ini adalah Campeonato de España - Copa de Su Majestad el Rey ("Kejuaraan Sepanyol - Piala Baginda Raja"), di mana ia juga dikenali sebagai La Copa.
Pertandingan ini bermula pada tahun 1903 yang menjadikannya pertandingan bola sepak tertua di Sepanyol. Pasukan yang memenangi piala ini biasanya akan mara ke Liga Europa UEFA; melainkan jika mereka juga layak untuk Liga Juara-Juara UEFA.