Orang Yoruba

Orang Yoruba (Templat:Lang-yo) adalah kumpulan etnik yang mendiami barat benua Afrika terutamanya negara-negara Nigeria (15.5% populasi negara), Benin, dan Togo merangkumi sekitar 35 juta orang menjadikan mereka salah satu kumpulan etnik terbesar di Afrika. Populasi signifikan masyarakat ini boleh didapati di Ghana, Benin, Pantai Gading, dan Sierra Leone.

Sebilangan besar orang Yoruba bertutur dalam bahasa Yoruba dari rumpun bahasa Niger-Congo yang turut merupakan masyarakat penutur terbesar dari keluarga bahasa ini.