Orang Tajik
| Jumlah penduduk | |
|---|---|
| s. 18–27 juta orang (pelbagai anggaran) | |
| Kawasan ramai penduduk | |
| Afghanistan | 9,450,000–11,550,000 (2014) 25% |
| Tajikistan | 6,787,000 (2014) |
| Uzbekistan | 1,420,000 (2012, rasmi) Anggaran tidak rasmi berjulat 8 – 11 juta |
| Pakistan | 221,725 (2005) |
| Rusia | 201,000 |
| Amerika Syarikat | 52,000 |
| Kazakhstan | 50,121 |
| Kyrgyzstan | 47,500 |
| Republik Rakyat China | 39,642 |
| Kanada | 15,870 |
| Ukraine | 4,255 |
| Bahasa | |
| Parsi (Dari dan Tajik) Sekunder: Pashto, Rusia, Uzbek | |
| Agama | |
| Umumnya Islam Sunni | |
Orang Tajik (Parsi: تاجيک، تاجک, Tājīk, Tājek; Tajik: Тоҷик) ialah sebuah kaum orang Iran penutur bahasa Parsi yang berasal dari Asia Tengah, dan menetap secara utama di Afghanistan, Tajikistan dan Uzbekistan. Orang Tajik merupakan kaum terbesar Tajikistan, dan kedua terbesar di Afghanistan serta Uzbekistan. Mereka bertutur dalam pelbagai dialek bahasa Parsi. Di Tajikistan, sejak bancian Soviet pada 1939, jumlah minoriti Pamir dan Yaghnobi dimasukkan sebagai orang Tajik. Di China, istilah ini digunakan kepada orang Tajik di Xinjiang yang bertutur dalam bahasa Pamir. Di Afghanistan pula, orang Pamir dikelaskan sebagai kaum yang berbeza.