Orang Sámi

Orang Sámi
Sámit (b. Sami utara)
Bendera mewakili bangsa Sámi
Jumlah penduduk
aggrn lebih 80,000–100,000 orang
Kawasan ramai penduduk
Sápmi 63,831–107,341 orang
 Norway37,890–60,000 orang
 Sweden14,600–36,000 orang
 Finland9,350 orang
 Rusia1,991 orang
 Amerika Syarikat480 orang (darah asli)
945 (generasi pertama, ke-2)
 Ukraine136 orang
Bahasa
bahasa-bahasa Sámi (Akkala, Inari, Kildin, Kemi, Lule, Utara, Pite, Skolt, Ter, Southern, Ume)
Bahasa Rusia, bahasa Norway, Bahasa Sweden, bahasa Finland
Agama
Agama Kristian (aliran Lutheranisme (termasuk Laestadianisme), Ortodoks Timur)
Kepawangan Sámi
Kumpulan etnik berkaitan
orang Finland, orang Estonia, orang Hungary dan bangsa-bangsa Finno-Ugri lain

Orang Sámi (juga dieja Sami atau Saami) adalah masyarakat asli peribumi menduduki kawasan merangkumi sebahagian besar utara negara-negara Norway, Sweden, Finland dan Semenanjung Kola dalam Wilayah Murmansk di Rusia diliputi garisan Artik diberi nama Sápmi. Masyarakat ini tergolong dalam kelompok Finno-Ugri yang turut termasuk orang-orang Hungary dan Finland keturunan leluhur yang berasal dari lembah sungai Volga di barat Rusia. Mereka menuturkan bahasa Sámi yang mencabang dari keluarga bahasa Ural.

Masyarakat ini secara tradisinya menyara hidup melalui pelbagai sumber alam yang dapat diperolehi termasuk memancing, menangkap haiwan bulu serta penggembalaan bebiri dan rusa kutub; sebanyak 2,800 orang Sami aktif terlibat dalam penggembalaan rusa secara hampir nomadik sepenuh masa di Norway, malah mereka diberikan kebenaran menggembala haiwan ini di beberapa kawasan Nordik.