Orang Estonia
Negara dengan penduduk dan berketurunan Estonia yang ketara. | |
| Jumlah penduduk | |
|---|---|
| s. 1,1 juta | |
| Kawasan ramai penduduk | |
| Estonia 919.711 (2021) Tempat penduduk ketara lainnya: | |
| Finland | 49.590–100.000 |
| Amerika Syarikat | 29.128 |
| Sweden | 25.509 |
| Kanada | 24.000 |
| Rusia | 17.875 |
| United Kingdom | 10.000–15.000 |
| Australia | 7.543 |
| Jerman | 6.286 |
| Norway | 5.092 |
| Ukraine | 2.868 |
| Republik Ireland | 2.560 |
| Belgium | 2.000 |
| Latvia | 1.676 |
| Denmark | 1.606 |
| Belanda | 1.482 |
| Bahasa | |
| Terutama Estonia juga Võro dan Seto | |
| Agama | |
| Majoriti tak beragama Secara historis Kristen Protestan (Lutheranisme) Sekarang Lutheran dan Ortodoks Timur kedaerahan (minoriti Ortodoks Apostolik Estonia) | |
| Kumpulan etnik berkaitan | |
| Finn Baltik lainnya Khususnya orang Livonia, orang Seto, orang Võro, dan orang Votia | |
Orang Estonia (dalam bahasa Estonia: eestlased) ialah kumpulan etnik Finnik yang bertutur dalam bahasa Estonia. Negara bangsa mereka ialah Estonia.
Bahasa Estonia merupakan bahasa pertama oleh yang dituturkan oleh orang Estonia; dan bahasa ini bersaudara dekat dengan bahasa-bahasa Finnik yang lain, seperti bahasa Finland, Karelia dan Livonia. Bahasa-bahasa Finnik merupakan subkumpulan dari keluarga bahasa Uralik yang lebih besar, termasuk bahasa-bahasa Sami. Bahasa-bahasa ini secara nyata berbeza dari kebanyakan bahasa asli yang dituturkan di Eropah kerana sebahagian besarnya adalah dalam kelompok keluarga bahasa Indo-Eropah.
Terdapat sekitar 1 juta etnik Estonia di seluruh dunia, dengan majoriti dari mereka tinggal di negara asli mereka yaitu Estonia. Komuniti diaspora Estonia telah terbentuk terutama di Finland, Amerika Syarikat, Sweden, Kanada, Kerajaan Bersatu dan negara anggota Kesatuan Eropah.