One of a Kind (album mini G-Dragon)
| One of a Kind | ||||
|---|---|---|---|---|
| EP oleh | ||||
| Dilancarkan pada | 15 September 2012 (lihat tarikh keluaran) | |||
| Dirakamkan pada | 2012 | |||
| Genre | K-pop, Rap, hip hop, dance-pop, R&B | |||
| Panjang | 24:46 | |||
| Bahasa | Bahasa Korea | |||
| Syarikat | YG Entertainment | |||
| Penerbit | Yang Hyun Suk, G-Dragon, Teddy | |||
| Kronologi G-Dragon | ||||
| ||||
| Single daripada One of a Kind | ||||
| ||||
| Edisi Emas | ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
One of a Kind ialah sebuah album EP dan keluaran solo kedua daripada G-Dragon, ketua kumpulan Big Bang. Album mini ini dikeluarkan secara digital pada 15 September dan secara fizikal pada 18 September. Pada 25 Ogos, G-Dragon mengeluarkan muzik video pertama lagu One of a Kind. Walau bagaimanapun, ia tidak dikeluarkan sebagai single dan muzik videonya sebagai cara untuk memperkenalkan album dan konsep kepada umum. Pada 1 September, G-Dragon mengeluarkan single pertamanya, That XX. Lagu Crayon menjadi single utama album, yang mengandungi kesemua tujuh lagu yang dikarang dan ditulis oleh G-Dragon sendiri.
Selepas pelancaran, album ini menjadi kejayaan segera di Korea Selatan. Ia mendapat tempat pertama di carta Billboard World Album dan memasuki Carta Billboard 200 di kedudukan 161 selama seminggu. Sehingga Januari 2014, album ini telah terjual sebanyak 252, 728 juta salinan, menjadikannya jualan album solo tertinggi di Korea sejak pelancaran album Heartbreaker pada 2009, juga oleh G-Dragon.