Onde-onde

Onde-onde
Nama alternatif
  • ondeh-ondeh
  • kuih buah melaka
  • kuih pancit/pancut
  • klepon
  • kelepong
JenisSnek 
Tempat asalAsia Tenggara
Dicipta olehMelayu dan Jawa
Bahan utamatepung pulut, gula melaka, kelapa parut
Bahan yang biasa digunakanTepung beras, air minuman, Pandan wangi, Gula perang, gula, kelapa 
Cara penyediaanMerebus 
sunting · sunting di Wikidata

Onde-onde (Jawi: اوندي٢, Sum., Sem. Mel., atau dieja ondeh-ondeh Jawi: اونديه٢ Sg.), buah melaka (Jawi: بواه ملاك), kuih pancit (Jawi: کوءيه ڤنچيت, Br.) atau klepon (Jawi: كليڤون, Jw.)ialah sejenis kuih tradisional yang boleh didapati di negara-negara Asia Tenggara seperti Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Ia diperbuat daripada bebola diuli dari tepung pulut, garam, air dan daun pandan direbus sebelum disaluti kelapa parut.