Ögedei Khan
| Ogedei Khan | |
|---|---|
| Khagan dari Empayar Mongol (Khan Besar bagi orang Mongol) Raja bagi semua raja-raja | |
Sebuah potret Ögedei semasa Yuan Besar. | |
| Pemerintahan | 1229 – 1241 |
| Pertabalan | 1229 |
| Pendahulu | Tolui (pemangku raja) |
| Pengganti | Güyük Khan |
| Pasangan | Töregene |
| Kerabat diraja | Borjigin |
| Ayahanda | Temüjin (Genghis Khan) |
| Bonda | Borte Ujin |
Ögedei Khan, (Bahasa Mongolia: Өгэдэй, Ögedei; juga Ogotai atau Oktay; Ogodei, sekitar 1186 – 1241), adalah anak lelaki ketiga kepada Genghis Khan dan Khan Besar (Khagan) kedua dari Empayar Mongol setelah mengantikan ayah beliau. Beliau meneruskan pengembangan empayar yang dimulakan oleh bapa beliau, dan menjadi seorang tokoh dunia apabila Empayar Mongol mengunjur jauh ke barat dan selatan semasa serangan ke atas Eropah dan Asia. Sepertimana anak lelaki Genghis yang lain, beliau terlibat secara ekstensif dalam penaklukan di China, Iran dan Asia Tengah.