Odýsseia

Odýsseia (Yunani: Ὀδύσσεια Error: {{AFA}}: unrecognized language tag: [o.dýs.sej.ja], bahasa Inggeris: Odyssey) merupakan salah satu puisi epik utama dalam tamadun Yunani selain Iliás, malah merupakan karya sastera Dunia Barat kedua tertua yang terselamat selepas Iliás itu sendiri. Ia dikatakan ditulis oleh Homeros, seorang penyair Ionia buta dari pesisiran Anatolia pada lewat abad ke-8 sebelum Masihi. Ia merupakan mahakarya paling berpengaruh dalam kefahaman budaya orang Barat di Eropah dan Amerika.

Ia berlatarkan 10 tahun setelah tamatnya peperangan hebat di Troia, di mana seorang pahlawan bernama Odysseus menghadapi cabaran hebat semasa berpulang ke tanahnya di Ithake seperti ditangkap dayang hutan dan gergasi mata satu serta dipukau duyung, sambil keluarganya yang setia menanti terpaksa menghadapi orang-orang yang mahu merebut peluang berkahwin dengan isterinya.