Nymphadora Tonks
| Watak Harry Potter | |
|---|---|
Natalia Tena sebagai Tonks dalam Harry Potter and the Order of the Phoenix. | |
| Nymphadora Tonks | |
| Jantina | Perempuan |
| Warna rambut | Pelbagai |
| Warna mata | Pelbagai (lazimnya perang gelap) |
| Rumah | Hufflepuff |
| Sekolah | Hogwarts |
| Keturunan | Berdarah campur |
| Dilakonkan oleh | Natalia Tena |
| Kemunculan pertama | Harry Potter and the Order of the Phoenix |
Nymphadora Tonks (lahir kk. 1973) merupakan watak rekaan dalam siri karangan J. K. Rowling iaitu novel Harry Potter dan kemunculannya yang pertama dalam Order of the Phoenix (2003).
Tonks, yang tidak minat nama yang diberi, lebih gemar menggunakan nama keluarga. Beliau digambarkan sebagai seorang perempuan muda dalam lingkungan dua puluhan, seorang Auror dan ahli Kumpulan Phoenix. Sebagai seorang Metamorphmagus, Tonks boleh mengubah rupanya mengikut kehendaknya. Beliau menggunakan pemberian tersbeut bukan hanya untuk menyamar ketika bertugas tetapi untuk menguji akan penampilannya malah juga untuk menghiburkan sahabat baiknya. Walau bagaimanapun, beliau agak cuai dan tidak bijak dalam menguruskan jampi untuk kegunaan rumah seperti memasak, membersih dan mengemas - lebih mudah memecahkan pinggan apabila cuba "menolong".
Melalui keturunan, Tonks adalah berdarah campur, anak perempuan kepada ahli sihir perempuan berdarah tulen Andromeda Tonks (née Black) dan kelahiran Muggle Ted Tonks.