Nusantara (bandar)

Ibu Kota Nusantara
ايبو كوتا نوسانتارا
IKN Nusantara
Cogan kata: "Bandar Dunia kepada Semua"
Nusantara
Rancangan lokasi Ibu Negara Nusantara oleh Kementerian Perancangan Pembangunan Nasional Republik Indonesia.
Koordinat: 1°03′40″S 116°40′50″E / 1.06111°S 116.68056°E / -1.06111; 116.68056
NegaraIndonesia
Hari jadi
(UU No. 3 Tahun 2022)
15 Februari 2022 (2022-02-15)
Pentadbiran
 • KetuaBambang Susantono
 • Timbalan KetuaDhony Rahajoe
Keluasan
 • Jumlah2,561.42 km2 (988.97 batu persegi)
 • Kawasan Ibu Negara561.80 km2 (216.91 batu persegi)
 • Kawasan Teras Pusat Pentadbiran68.56 km2 (26.47 batu persegi)
Demografi
 • BahasaIndonesia (rasmi), Paser, Kutai, Kenyah Wahau (asli)
Zon waktuUTC+08:00 (Waktu Indonesia Tengah)
Laman sesawangikn.go.id

Ibu Kota Nusantara (juga: disingkatkan kepada IKN) atau juga nama ringkasnya Nusantara ialah sebuah bandar raya terancang (atau "kota terencana" dalam ungkapan dokumen rasmi) yang akan menggantikan peranan Jakarta sebagai ibu kota negara pusat pentadbiran pemerintah Indonesia mulai tahun 2024. Kota Nusantara ini terletak di antara Kalimantan Timur yang sebelum ini merupakan sebahagian dari Penajam Paser Utara dan Kutai Kartanegara. Pada 17 Januari 2022, pihak Pemerintah dan Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia mengumumkan nama ibu kota negara baru untuk pemindahan ibu negara ke Kalimantan Timur yang dimaktubkan dalam undang-undang yang mendapat persetujuan secara lisan ("aklamasi") semasa rapat paripurna ke-13 DPR RI masa sidang 2021–2022 mengenai projek raya pemindahan tersebut.

Pembinaan asas infrastruktur kota ini dijangka bakal dimulakan pada bulan Julai 2022.