Kem tahanan

Kem tahanan atau kem tumpuan ialah satu bentuk kem penahanan untuk mengurung banduan politik atau demografi yang disasarkan secara politik, seperti ahli kelompok bangsa atau etnik minoriti, atas alasan keselamatan negara, atau untuk eksploitasi atau hukuman. Antara contoh kem tahanan bersejarah yang terkenal termasuk pengurungan orang awam bukan pejuang oleh British semasa Perang Boer Kedua, tahanan besar-besaran warga Jepun-Amerika oleh AS semasa Perang Dunia Kedua, kem tahanan Nazi (yang kemudiannya berubah menjadi kem penghapusan), dan kem buruh Soviet atau gulag.