Nasi lemak

Nasi lemak
Sepinggan nasi lemak berlauk sambal kerang.
JenisHidangan nasi 
Jenis sajianHidangan utama, lazimnya untuk sarapan
Tempat asalSemenanjung Melayu
Kawasan/rantauSemenanjung Melayu, Brunei, Singapura, utara, selatan dan pantai timur pulau Sumatera
Masakan berkaitanMalaysia
Dicipta olehorang Melayu Semenanjung Malaysia
Suhu penghidanganSuhu bilik atau suhu panas
Bahan utamaBeras dimasak dalam santan dengan daun pandan; dihidangkan dengan sambal, ikan bilis goreng, timun, dan pelbagai jenis hidangan sampingan
Bahan yang biasa digunakanBeras, Pandan wangi, daun serai, santan, telur ayam, Bilis, kacang tanah, bawang merah, bawang putih, cili 
sunting · sunting di Wikidata
Breakfast culture
NegaraMalaysia
DomainBreakfast culture
Rujukan02113
KawasanAsia Pasifik
Sejarah inskripsi
Inskripsi2024 (sesi ke-19)
SenaraiRepresentative List

Nasi lemak (Jawi: ناسي لمق) merupakan makanan tradisi orang Melayu yang ditemui di semua bahagian Malaysia, Singapura, Indonesia (terutama di Riau, Jambi, serta utara, selatan, dan pantai timur Sumatera) dan Brunei. Sajian ini datang daripada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala, daun pandan wangi dimasukkan semasa nasi dimasak bagi menambahkan aromanya.

Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur rebus, timun, ikan bilis goreng, kacang goreng dan sambal. Tetapi, kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati lembu.

Bahan-bahan untuk membuat nasi lemak juga mudah didapati. Sebagai contoh daun pandan, halia, serai dan halba boleh dibeli daripada kedai runcit atau pasar awam. Ikan bilis dan telur boleh dibeli di pasar raya.