Puteri Akishino

Puteri Mahkota Kiko dari Akishino (dalam bahasa Jepun: 秋篠宮紀子親王妃, Akishino-no-miya Kiko-shinnōhi), lahir sebagai Kawashima Kiko (川島紀子), 11 September 1966, merupakan isteri kepada Putera Mahkota Fumihito dari Akishino, anak lelaki kedua daripada Maharaja Akihito dan Maharani Michiko, dan anggota Keluarga diraja Jepun melalui perkahwinan. Adik perempuannya merupakan profesor universiti, dia merupakan rakyat biasa yang kedua berkahwin dengan kerabat diraja Jepun; sama seperti ibu mertuanya, Maharani Michiko, yang menjadi orang pertama pada 1959.